Oleh kerana harga mutiara yang mahal sehingga memungkinkan pemalsuan, banyak cara dilakukan manusia untuk menghasilkan mutiara yang serupa dengan aslinya. Bahannya pun bervariasi dari jenis batuan tertentu seperti kaca, plastik dan bahkan dari cengkerang kerang.
Mutiara air laut berasal dari laut, harga ditentukan oleh berat, warna, kualiti dan kilauannya, tahan apabila dibakar dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak boleh tercalar. Mutiara air tawar berasal dari air tawar, besar dan berat hampir sama, harga lebih murah daripada mutiara air laut, terbakar apabila dibakar tetapi tidak meleleh dan apabila digigit terasa pasir tetapi tidak mudah tercalar.
Mutiara plastik, warna sama seperti mutiara air tawar, ringan, harga yang sangat murah, apabila dibakar akan meleleh dan apabila digigit terasa licin dan mudah terkelupas.
Tips supaya perhiasan tahan lama.
Mutiara adalah sesuatu yang halus dan lembut, memerlukan penjagaan yang istimewa dan cara pembersihan tertentu bagi memastikan kilauan dan kecantikannya kekal. Sedangkan mutiara kultur(ternak) yang mempunyai lapisan mutiara yang tebal pun boleh rosak sekiranya tiada penjagaan yang rapi.
Cara yang terbaik untuk membersihkan mutiara adalah kebiasaan lap dengan kain yang kering dan lembut. Setiap kali anda memakai mutiara, ingat untuk lapkan sebelum menyimpan semula kedalam bekasnya. Ini untuk melindungi mutiara dari dirosakkan oleh asid peluh. Sekali sekala cuci mutiara dengan sabun bayi. Gunakan tangan kerana menggunakan berus boleh merosakkan lapiran mutiara. Sabun bayi adalah yang terbaik. Simpan dalam keadaan kering dan jangan digantung untuk mengeringkannya.
Apabila membersihkan mutiara elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi ammonia, sabun yang kasar dan pencuci. Jangan sesekali steam mutiara anda kerana kepanasan boleh merosakkannya. Sekirannya pada mutiara terdapat daki kotoran, gunakan kuku jari adalah cara terbaik untuk menyingkirkannya.
Memandangkan mutiara terdiri dari kalsium karbonat maka warnanya boleh dirosakkan oleh asid, jadi elakkan dari bahan kimia seperti vinegar, alcohol, ammonia dan penyembur rambut, pencuci, minyak wangi, air kolam renang dan kosmetik. Anda boleh memakai mutiara selepas memakai makeup, penyembur rambut dan minyak wangi. Seeloknya pakai mutiara di atas pakaian dan jangan terus di atas kulit anda. Ingat untuk menanggalkan mutiara bila anda bersenam, berenang atau mandi. Mutiara boleh menyerap minyak wangi dan penyembur rambut, jadi elakkan dari memakai mutiara bila ke salon rambut. Juga elakkan dari memakainya semasa anda memasak, kerana mutiara boleh menyerab asap dan wab dari masakan. Mutiara juga mengandungi sedikit air dan protein, jadi jauhi dari tempat yang panas dan kering, elakkan dari pancaran terik matahari. Mutiara juga mengandungi bahan organik dan memerlukan udara segar dan kelembapan, jadi pakailah mutiara sekurangnya sekali dalam sebulan. Lap secara kerap kerana mutiara boleh menyerap minyak wangi dan peluh, begitu juga dengan habuk. Sekiranya tercalar, gunakan olive oil dan sapu dengan lembut di kawasan yang tercalar itu.
Simpan perhiasan mutiara anda berasingan dengan set perhiasan yang lain kerana perhiasan yang keras boleh merosakkan mutiara anda. Simpanlah mutiara anda di dalam bekas khas dan elakkan dari tersentuh dengan benda-benda keras. Menjaga mutiara secara kebiasaan akan memanjangkan hayat mutiara anda.
Elakkan dari terkena peluh. Jangan kerap terkena air. Hindarkan dari terkene sabun, hand body dan bahan kimia. Simpanlah dalam keadaan kering dan dilap dengan kain lembut. Jangan disimpan di tempat yang lembab.
Tips menggayakan mutiara.
Sebaiknya mutiara digayakan berdasarkan warna kulit, sebagai contoh orang yang berkulit kuning langsat, match menggayakan mutiara yang berwarna cerah.